Friday, March 4, 2011

So Random.

Assalammualaikum. Bonjour. Hello. Hi. Hehehe, tu je yang mampu setakat ni. Hahaha, ok kali ni nak post macam benda biasa biasa je. Apa yang ada dalam kepala ni, taip je ah. Out of idea jap malam ni huhu. Taktahu sebenarnya nak kongsi apa. Dalam kepala ni dua je perkataan, R I N D U & N A K J U M P A. Entah lah. Rindu semua orang. Nak sangat jumpa. Semuaaaaaaa, bukan seorang atau seekor eh. S E M U A (': Sejak kebelakangan ni, rindu terhadap sekolah makin menjadi jadi. Makin meroyan royan aku dibuatnya hahaha ok tipu. Rindunya nak pergi sekolah! School Life is better than Lifeless Life. I bet you. F it...

#1 - Teringat pulak zaman zaman menjadi penghuni asrama walhal dulu kemain lagi hitung hari dekat calendar sebab tak sabar nak habis sekolah punya pasal. Berzaman ah sangat. Tak hal benda belum sampai setahun lagi hahaha kepoh! Okay, sebenarnya tak lah macam beban sangat bila stay dekat hostel ni. Fuyooo, baca tu. TAK LAH MACAM BEBAN SANGAT. Haaa, padahal kan. Tapi bila dah macam mati kutu taktahu nak buatpa, sampai tak tengok dunia luar, tak ke pasai stay lelama dekat dalam tu? Tipu ah kan. Boleh gila gak kekadang. Dengan ragam warden yang ahaaaa, blerghhhh. Naik tensi je. Hm, k. Bila ada locker dekat rumah ni, lagi bagus. Semua dekat situ. Takde lah benda kita tu macam merata rata kan. Kebaikan duduk dalam penjara ni kan, disiplin. LAH SANGAT? Hahaha tapi tulah yang aku rasa. Macam teratur je. Tapi kekadang huru hara gak. No doubt bebeh. Tak susah tak senang bila duduk hostel. Kena pandai agak agak ah. Tapi papepun, kawan kawan yang paling awesomeeeee! Yes laa. Ok now dah rindu sangaaaaaaaaat dekat budak dorm D3 & D5 )':

#2 - Weh amendeeee ni doh? Ya Allah. Kenapa macam ni. Hari hari nak fikir pasal result pun tak boleh jugak kan. Kang kena serangan jantung tak pasal pasal je. Hahah noob ok noob. Nak cakap konfiden, teruja, gembira pun entah laa? Buat takde mood je bila cakap pasal result ni. Nak cakap tak konfiden langsung, lagi ah tak boleh. Dah kenapa ni. Boleh go doh macam ni. Haih. Senang cerita, semua subjek aku takut. Takde satu pun yang tak takut. Nak main pakai target subjek tu subjek ni, pun tak boleh. Kena fikir semuaaaaaa subjek. Mintak mintak bagus. Siapa taknak best result? Bak datang sini bagitahu sikit. Hahaha tak semestinya subjek yang kita selalu dapat A boleh dapat dalam SPM. Kalau dapat, Alhamdulillah (': Dan tak semestinya juga kalau teruk dapat C D E tu, akan teruk juga dalam SPM. Mungkin lebih baik. Who knows? So yes, hopefully each subject will be grrrreat! Kahciiiiiing! :D

#3 - Sebenarnya agak terharu tatkala nama disenaraikan atau menjadi salah seorang daripada Superduper Double F. Hehehe, mekasih wahai Bini Tauke oiii! Besan oiii! Hahah amendeeeee -..-" Kalau macam ni kan, nak jugak ah cakap Ah-mazing of Double A. Keh keh keh (': Kalau dah Superduper Double F tu menjadi milik Fahim & Faten, apa kata Ah-mazing of Double A itu adalah um .......... Afiq & Ainul? Lalalalalalalalala! Perasan jap ah. Kejap jeeee. Hehehe. What can I say laaa. They're so great. I mean as my soulmates, bestmates, classmates, sadmates, happymates, komates, kumates hahahah melalut kelaut dah. Okay, sangat meriah bila dengan dorang ni. Bukan lah bila dengan kawan kawan lain tak meriah, lagi meriah sebenarnya tapi yang tiga orang ni dah macam adik beradik kita je. Adik beradik ah sangat. They're always yam seng me up. Yes laa. I am so ha-hap-happ-happpy! Tapi kan lah kan kan kan, dorang tiga orang ni, dah boleh duduk se-table dah sebenarnya. Sebab apa? Jengjengjeng! I can't tell to you all, pardon me. This is what we had deal before. Just between four of us. Anyways, I. Love. You. Guys. Esp to aaaaaaa. Semua ah cemni. Hahahaha :O

#4 - Nak sangat keluar. Nak sangat jimba. Nak sangat tengok movie setelah sekian lama tak jejak ke sana. Ada lah dalam 2bulan kot? Hm. Sedihnya! Rasa ketinggalan jap bila tak tengok cerita tu cerita ni. Tak hal bukan apa. Takde duit. Pastu kalau siapa tengok movie, dah tentu tentu lah yang ada pakwe tuu pergi dengan pakwe masing masing untunggglaaaahhhhhhhh! Hahaha jeles sebenarnya ni jeles. Takpe takpe. Sabar, tarik nafas sepuas puasnya, lepas sehabis habisnya hahahah stupig mu ni hehehe. Dengar cerita ada orang nak ajak keluar 15hb? Amendeeeee doh, hahaha. Tapi Anak Emas bagitahu tadi, gaji dapat 18hb. Ok, pasrah jap. Bila suruh bagi sebelum 15hb dia bantai ugut. Cipppssss betul hahaha so yes nak taknak gagahkan diri ni jugak tunggu sampai 18hb (: Tapi kalau dah ada yang nak ajak keluar 15hb tu juga, dipersilakan. Hohoho. Ni bajet nak surprise surprise macam sebelum ni arrr? Hak alah. Boleh je. Macam tu dari pihak wa pun ada upacara surprise menye-prise ni muehehehe. Life is good. Yam seng! :*

*Ok maka dengan itu, ceriakan lah hari hari anda dengan beloved familia, orang yang tersayang (': Dan kepada sesiapa yang merindui sesiapa tu, pergilah jumpa dengan orang tersebut. Supaya hidup lebih ceria dan bahagia. InsyaAllah. Amin. Next mission : Nak jumpa AmirulAfiq. Tak kirrrrra! Mekasih.

Orang yang bakal merasai double-decker Tauke,
NurFatenEzureenRadzaly, xx.

No comments:

Post a Comment