Saturday, April 16, 2011

Keperluan atau Kepuasan?

Assalammualaikum! Salam pembuka bicara bagi dihari yang sungguh indah dan lagi sejuk. Hahaha. Keperluan atau kepuasan? Hamboooiii. Amenda tu amenda? Ok, harini nak post pasal henfon. Yes yang duk krrring krrrring tu. Apa kegunaan sebenar henfon ni? Atau lebih cliche lagi orang zaman sekarang cakap "function weh function" ooooO00oo0oOOoooK! Masing masing ada taste sendiri kan. Nak pakai yang sebesar tapak tangan bayi 5bulan? Nak pakai yang sebesar tapak kaki sendiri? Kuikuikui :D Ni nak cerita sikit selama aku pakai henfon. Cemana keadaannya ...........

#1 - Nokia 3310


Faten tak terus guna blackberry masa mula mula. Guna 3310 JEE! Takpe, orang kata belajar dari bawah hahahahahaha. Pestime guna pun masa tu dah darjah 6. Okay redha je bila dapat 3310 ni. Yelah, masa tu sape yang guna henfon bajet gah habis lah kan? Tak hal sekarang budak 3 tahun pun dah guna henfon? Ape kes? Cecite cecite ...... And yes, cover yang aku pakai Hello Kitty doh! Hahaha eeiissh. So pinky, blueekkk! >.< Pastu siap beli yang ala ala keychain phone yang ade lampu kelip kelip tu. Mickey Mouse okay? Sangatttt kanak kanak ribena :P

#2 - Nokia Butterfly


Haaaa, ni duk kepoh jugak ah dulu Nokia Butterfly-fly-fly. Aku taktahu pun cemana rupa minatang ni. Pastu disebabkan 3310 dah ape masalah, guna lah yang ni pulak. Okayyyy, quite happy. Sebab lampu dia biru? Hahahaha haish. Macam best jelah kan sebab kecik je bajet comel comel lah kan haaa nak compare dengan 3310 yang gedabak tu haaa. Keypad pun best je. Macam sedap sedap je bila tekan hehehehe :D Oh selepas ituuuuuuuu, screen pecah! Nak text pun macam entah nampak ape ke tak ayat ayat cinta tu. Eceeeh walhal text dengan kaum sejenis je ._____.

#3 - Sony Ericsson k550i

Masih segar dalam ingatan pada hari tersebut serta cuaca, Maaf, tarikh aku tak ingat hahaha. Masa tu hari Jumaat serta panas terik. Hambeeekk kau. Duduk berdua lebih baik bersama abang yang pemalas ketika itu. Sekali kedengaran motor seorang bapa yang lembut lagi penyayang hehehe. Nak bagi adil dan saksama punya pasal, Pakcik Jali beli DUA sekali phone ni. Satu untuk anak perak, satu lagi untuk anak gangsa. Abang aku & aku. Dia color hitam, aku punya color purple. Sumpah tak mandi, tak makan, tak heran orang lain sebab duk syiiookkk godek minatang ni. Lama jugak lah guna phone ni. LAMA LAH SANGAT O.o

#4 - Sony Ericsson w550i

Kenapa k550i tu tak bernyawa dah, aku pun tak ingat. Rasanya sebab battery? Rasanya lah. Okay memandangkan anak emas dah up masa tu, maka phone ni dia biar. Ape lagiiiiii, sekali lagi anak gangsa mengambil kesempatan untuk guna phone ni. Hahahaha bijak memang bijak. Even phone ni bukan asalnya hak milik aku, tapi aku sayang sangat phone ni. Rasa ni dah last taknak tukar2 phone dah. Haaa sayang sampai camtu sekali hahahaha. Tapi aku ni ganas habis. Phone ni slide Fateeeen!!! Bila slide je, waaahh. Main tarah je kan. Dan akibat tak tahan dengan aku, SPRING DIA TERKELUAR HABIS LOOSE. Hahahahaha sedinyaaaa! Ingat nak pegi fix, but apek tu kata $230. Baik aku beli baru ^.-

#5 - Nokia 2300


Tak penat lah main tukar2 phone. Tak frust lah. Tak rasa semua tu. Paling busuk pun, rasa nak pegi rompak kat kedai henfon je hahahaha. Macam dah jadi trend pulak setiap tahun je, tukar phone. Oiii apak kau tak kaya tau Faten, oh okayyyyyyy!!! )': Tapi gentle best gila guna phone ni (ayat nak bagi sedap hati) Hahahaha. Lama tak lama lah aku guna phone ni. Dia ala ala polyphonic phone ah haaa kononnya ah kan. Even cikai tapi ade radio. Yelaaa, mana boleh tatap gambar macam phone mahal tu. Camera pun macam ade pulak kan? Hahaha tapi ape masalah dia tak puas hati, battery dia buat hal! Charge kemain lama, tp bila otp terus mampuih. Eeeeee, sumpah bersabar sangat sangat ((((((((:

#6 - Sony Ericsson w960i


Hati panas meronta ronta nak phone lain. Nak mintak phone baru, takut. Dah lah nak SPM masa tu. Memang segala harapan dan impian musnah ah kan cite dia. Hahahaha. Setelah Babat kaya dan terus beli blackbabies, aku suruh apak cakap dekat dia aku nak guna phone SE w960i dia. Yela, sebab aku kat hostel. Maka itu, suruh apak cakapkan jela huhu. Tak kira, dia nak guna sampai dua phone buatpe kan. Baik bagi adik tersayang ni. Hahaha. Bila dah balik, ooooooooooooooK dia bagi phone ni. Haaaa, riang ria gumbira jap even bukan phone aku. Sbb eksaited sangat nak guna touch-screen phone ni hehehe. So agak lama aku guna. Tapi tulah dia, kalau dah kata touch-screen mustahil dia takkan buat hal. Ape lagi, touch benda lain, benda lain dia pegi. Saboooooor jelerrrr. Takpe sampai sekarang aku simpan phone ni :DDD

#7 - Nokia X5-01


Okay, phone ni dah penah cerita dah. Malas nak cerita lagi. Tapi kali ni dah nekad nak jaga elok elok phone ni. Dengan baik hati seseorang, dia bagi aku phone ni. Terharu sangat. Tuhan saje dapat membalas jasa anda (: Bukan pakwe ke ape yang bagi ye, ni dah pangkat makcik tercinta dah ni. Waaahhh gitu! :B Dah malas nak cerita. Tapi sekarang perangai dia, even tak silent pun tapi tak bunyi. Kuasssam. Main gila gak ah kadang kadang tu kan. Takpe takpe.

SATU HARI NANTI! JENGJENGJENG ..............

iPhone 4! iPhone 4! iPhone 4! Hehehuhuhohoha.ha.ha.ha :P Kenapa aku gila sangat phone ni sekarang, aku pun taktahu. Nak sangattttt. Tapi taknak harap kat sape sape dah. Kali ni nak beli sendiri. Biarlah lambat ke ape, janji aku dapat! Hahahaha. Dengar cerita dah keluar yang iPhone 5. Takpe, keluar yang 6, 7, 8 ke ape, aku beli yang paling latest. Janji up sikit dari iPhone 3 hahahaha! See, berangan tak bertempat gak ah kan. Takpe, bila lagi nak berangan cemni hehehehe. Oh ye, aku tak minat blackbabies yang orang duk gila gilakan sekarang ni. Taktahu kenapa. Tapi tak suka. Oh sebenarnya aku gilakan SE Satio and Sidekick. Tapi kat Malaysia ni, tak pernah lagi aku nampak Sidekick. Haaaaaa :O

Tamat sudah. Tapi taktau lah ade kena mengena dengan keperluan atau kepuasan tu? Hahaha sorry. Memang perlu, sebab tak perlu susah payah nak lari cari coin pastu lari gi public. Dan kepuasan, terpulang. Setengah orang, just guna untuk call & text sudah memadai. Tapi kau boleh camtu? Jujur, aku tak boleh. Dulu boleh. Sekarang tak. Dunia dah maju. Biar beribu application pun takpe. Aku memang suka. Sangat suka. Hadap 24/7 hanya untuk satu application pun aku sanggup hahahaha. Tu pun dah cukup puas. Tapi lagi banyak, lagi tak senang jari jari aku ni nak tekan kuikuikui. Okay, it's up to you guy! xx



______________________________________________________________


BONJOUR! (':


 Sehabis Ikhlas,
NrFtnEzrnRdzly☺

No comments:

Post a Comment