Thursday, January 20, 2011

Paling berbeza.

Tahun Keempat #4

Back-to-school. Hallloooo. Kelas mana? 4 Kenanga! Ngangaaaa. Memang ternganga. Haha tapi like what the frrrog. Kenapa Nonie kena masuk 4 Mawar? Demn... Benda sama je? Ok, cikgu punya hal kan. Masuk jela. Tapi kali ni sama dgn Muna, Adek, Puteri. Guru kelas pulak Pn Vasantha. Ah, lembut habis lah die tu. Die ajar English. Tapi masa ni kan, dah mula rasa nak keluar sesangat sangat dari Convent ni. Nak pegi sekolah laen, nak trrry duduk hostel. Hm. Day after day, Im getting bored with the school. Donnow why. Nak sangat pindah rasa nya. Tah lah. Tak boleh nak ketch-up dgn cikgu cikgu kali ni. Memang nekad gila dah nak keluar dari situ. Pastu Nonie dapat offer pegi Teknik Ampangan, Seremban. Building Construction. Masa ni still Teknik. Ok, die dah pegiiiii! Sedeh. Lagi lah aku tak sabar nak keluar dari situ kan. Hahah. Tapi sempat lah merasa monthly test semua dkt Convent. Sedang rancak riang ria bergumbira buat latihan Volleyball, tiba tiba Mama datang. Die ada hal rasanya. Pastu die cakap, "eh Yen, dapat Teknik Ampangan Seremban. Tadi surat sampai. N.week dah kena pegiii" Masa tu hari Jumaat k. And I was, "haaaa? betul ni? weh aku kena pindah sekolah pasni" Gila excited. Muna & Adek pun, "weh macam ni aku nak pegi jugakkkk" hahahah. Haih...

Ok, sesi menyelesaikan segala benda yang patut dibawa. Semua nya laa. Abah macam tah lah. Die banyak kali tanya betul ke ni nak pegi. Sedeh je dengar. Tapi Ibu memang nak surrrruh pegi. Tak tipu punya. Mula mula rasa best lah sbb nak pegi sekolah baru. Yela, first time kan. Pegi sekolah lelaki + perempuan pulak? Haaa, lagi lah. Taktau lah cemana kan. Tapi masuk yang 2nd intake. Nonie cakap sekolah tu ok la. Budak kelas pun ok. Oh yee, still in the same class with her. Again and over again! Hahaha. So, aku decided duduk next to her. Nak jugak lah kan. Haaaa, kena duduk hostel. Kena sumbat dekat dorm Wirdani known as D3. Ok, 1st though about the dorm. Ah, ok, nice. Bawah sekali. Bermula lah, menjadi penghuni asrama aspuri. OK MACAM HMM.... OKKKK! Macam ni ke? Senior pun? Kawan kawan ok. Tapi sumpah rasa kekok gila bila kena panggil senior "akak". Masa dkt Convent takde pun cemni sangat. Eeee, laen nyaaa....

Yeah, itu tak boleh, ini tak boleh. Fuuhhh, senior kan? Ok, dengar jela. Honestly rasa macam kena torture dengan dorang. Tapi nak buat cemana. Nak bgtau sape? Bila call Ibu pun, cakap jela dekat sini okkk takde masalah. Tapi dalam hati, gila sengsara nak keluar cepat cepat dari situ. Rasakaaaannnnnnnn kau Faten. Hahaha. Tapi kan, dah lama lama ktorang close each other. Dah tak takut sangat. And a few senior je yang kerrrrek mcm ape. Nak cakap kite sombong lah ape lah time tu. Eh? Do I care lah. Bukan kau kakak aku pun. Hoho. Tapi still respect lah even tak suka cemano pun dekat die. Kena lah buat muka senyum sedekah bila bertembung. Huh! Im so hypocrite with them. Tak suka tak suka tak suka! Tapi kakak dorm okay sangat. Im so so so close with Kak Yan, Kak Umu, Kak Yaya, Kak Moon & others. Tapi kan, aku rasa pelek gila hostel dekat sana. I mean seniorsss, yeah. Pehal arr kan? Control habis habisan pulak. Hmm...

K now, move to the class. Saya BB 1. Guru kelas ada dua. Ni pun rasa pelek sikit sbb ada dua. Pn Norhamiza & Pn Noorliza. Cikgu yang best lah kan. Sorang ajar BM sorang ajar kos yang aku amek tu. Yang ni lagi satu. Pun aku rasa laen sangat. Janggal. Maluuuu lagi la. Sebab ada budak laki kan. Tah 1st time nii. Dorang ok lah. Tapi ada jugak yang berperangai... Ya Allah. Tuhan saja yang tahu. Macam ni ke sekolah dengan budak laki? Lost respect with girls. Mygoddd. Shocked kejap bila dekat situ. Haha. Memang aku tak berkawan dengan budak kelas laen. I mean budak laki la. Kawan dengan budak kelas je. Sebab masih lagi terkejut dan tak dapat terima hakikat bahawasanya kau di sekolah campur, dan cenggini lah keadaan nya. Pehhh. Nak balikkkkkkk Conventttt! )':

Dekat sini kan, aku nak aktif sport lagi lah susah. Sebab aku duk fikir campur dengan budak laki. Nanti training cemana? Campur jugak? Eee, taknak. Ok, nak fikir macam tu memang susah lah kan. Memang takde harapang lah camtu. Haa, Kak Moon masuk volleyball. So, aku cakap dengan die nak masuk. Masa tu lagi berapa minggu je dorang nak pegi tournament dah. Yeay yeay, saya terpilih! And yang best tu, saya sorang je form 4 yang masuk *keningkening hehehe. Not bad. Dapat num 3. And yes, masuk handball jugak. Kak Eryn is so nice. Die banyak sangat ajar. Tapi laen daaa rasa. Tak sama sangat macam mana dekat Convent dulu. Hmm. Sabar eh. Huhu. Oh guess what, one day ada cikgu datang kelas panggil nama yang kena pegi interview pengawas. Dan nama saya disenaraikan. AH, NICEEE! Aku duk fikir masa bila aku letak nama aku. Manada. Tapi pegi jugak interview tu. Rupa rupa nya, cikgu kelas yang letak nama aku. Pelek nya....

Yeayyy, dapat jadi pengawas. Selama berapa bulan menjalani latihan. Haha yeayyy kau kata? Ok lah. Tak lah susah sangat. Last jadi pengawas pun masa sekolah rendah ok. Haha. Tanpa kenyataan yang palsu, bahawasanya saya tak suka tak suka tak suka senior pengawas!!! Sumpah. Gila kerrrrrek, sanggup lagi aku hadap pengawas dekat Convent dulu. Brrrr. Macam bagus je la. Hahah memang tak suka. Tau lah akak akak ni lawaaaaa, ada paras rupa gitu. Sama jela dengan senior pengawas lelaki. Tak suka. Huru hara. Masalah betul -..- Gelak sana sini, muka semua nak best semua nak bagus. Bila part kerja, nak arah sana sini. Hak alaaaaah. Tensi je kepala aku lah. IKUT JELA......

Ok sekarang nak cakap pasal belajar dekat sana. Bila jejak je dekat sekolah ni kan, baru lah perasaan nak belajar tu semangat koba koba yang tak pernah ada selama ni. Teruknyaaa. Yes, admit it. No doubt. Dekat sekolah ni jugak lah I've a much better result. Alhamdulillah. Sebab tengok kawan kawan kot? Yeah, tak tipu. Malam pun bukan boleh hadap tv, internet, phone, takde masa pun nak berangan & etc. Kena pegi prep, petang prep. So, buku buku buku! Wahhh. And yes, kakak kakak tu pun pesan form 4 bukan honeymoon year. Nak berangan sana sini, nak meriah sangat pun tak boleh. Nak SPM kan. Buat cara nak SPM. Kali ni betul betul sedar diri. Dan mula menyukai subjek Sejarah. Hehe, mungkin cara belajar die laen sikit kan. Dapat cikgu pun best, Tn Hj Misran. Memang best. Nampak lah jugak potensi nak berjaya tuu, hehe amin. Lagipun dekat sana like always ada monthly test. Haaa, mana tak nya struggle gila gila. Nak best result kan. Awak tu perempuan. Elok elok sikit eh. Haha, yadayada. Okkk, sir.


Holaaaaaaa, sekolah nak habis! Heeeee, hari hari duk hitung hari bila nak habis hehe. Memang tak sabar sangat nak keluar & habis cepat. Sebab pasni dah tak jumpa seniorsssszzz dah huhu. Dorang pun nak SPM kan, dah takde masa nak kesah pasal "adek adek" dorang nii, errr. Oh tahun ni jugak pegi Langkawi. As usual, Abah ada meeting dekat sana. Memang rest kan kepala ni sebaek yang mungkin. Taknak fikir pasal hostel & ofkos seniorsssszzzzz -_____- Haaa, I've crush on someone jugak bila dekat sekolah tu. He looks like Denny Wenny. Tapi die cakap, die lagi handsome dari Denny Wenny. Haaa, oh okkk? Perassssan! Hahaa. And dekat sorang senior nii jugak. Die paling lama saya crush sebab tah laaaa. Bila nampak die je, Kak Moon mesti nyanyi Afqsoloooong hahaha lol. Tapi die violent gilaaaa la. Ok, just crush on you brothaaa! :D Tahun kelimaaaa, sambung nanti. Sebab lagi banyak nak kongsi. Toodles! xx




Nur Faten Ezureen (':

No comments:

Post a Comment